Want your
own Fotopage?

















 
Laily Mariana's FotoPage
lailymus
By: Laily Mariana Samsudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jul-2008 12:43 Email | Share | Bookmark
Day 1 : June 7, 2008 (Saturday)

Nottingham - London - Dover - Calais - Belgium - Volendam

Pengembaraan ke Europe yang merangkumi 6 negara ini mengambil masa selama 15 hari. Kami telah membuat keputusan untuk mengikuti pakej yang ditawarkan oleh pihak KELANACONVOY (KC)(http://www.kelanaconvoy.co.uk) setelah mengambil kira pelbagai faktor. Pakej yang ditawarkan oleh pihak KC adalah sebanyak GBP 499 (dewasa) dan GBP 399 (kanak-kanak) termasuk pengangkutan, penginapan dan makanan.

Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kaknas dan Abg Afifi yang telah memberikan suntikan semangat kepada kami untuk menyertai trip KC ini. Banyak ilmu berguna yang telah diperturunkan. Kiranya dah macam mentor kamilah nie!!!... Billion billion thanks.....

Pengembaraan bermula seawal jam 0230 pagi. Terima kasih kepada Zai dan Shah yang menemani kami sehingga lewat malam dan masih lagi menurunkan tips tips berharga kepada kami. Terima kasih juga kepada Ina dan Saiful yang telah menjamu kami dengan hidangan makan malam kueh teow goreng yang sungguh enak, berpinggan-pinggan Mus makan.. syyyyyy.....

Selesai memasukkan semua barang ke dalam teksi, teksi pun bergerak meninggalkan Nottingham. Alhamdulillah, 'driver' seorang Muslim. So, kami berhenti untuk Solat Subuh di services sambil meluruskan pinggang.

Tiba di Hyde Park London lebih kurang jam 6.30 pagi. Terima kasih kepada Izan yang membantu memberikan lokasi yang tepat ke Hyde Park... Dalam kalut kalut tu, terlupa plak nak bawak map yang telah dibekalkan oleh KC. Hari dah cerah, tapi mata masih mengantuk. So, sementara menunggu bas sampai jam 7.30 pagi, aku sempat melelapkan mata.



Bas bergerak meninggalkan Kota London tepat jam 8.10 pagi menuju ke Dover. Tiba di Dover jam 10 pagi, menaiki feri ke Calais jam 11.30 pagi dan tiba di Calais jam 1 petang waktu tempatan.









Di sepanjang perjalanan dari Calais ke Volendam, sesi perkenalan telah diadakan. Seramai 28 orang peserta telah mengikuti trip kali ini. DIketuai oleh Hairul selaku Tour Manager, dibantu oleh Najib dan dibawa (dengan bas lerr..) oleh Udo, rakyat German, trip ini sungguh meriah dengan pelbagai acara menarik di dalam bas seperti menonton DVD, permainan teki teki dan juga karaoke .

Dalam perjalanan menuju ke campsite pertama kami, bas berhenti sebentar di Belgium untuk ber'shopping' cokelat. Belgium memang terkenal dengan cokelat dan waffles'nya... Kami pun mengambil kesempatan untuk menjamu mata dan tekak di kedai cokelat.








Sebelum tiba di Volendam, bas sekali lagi berhenti di Services untuk memberikan laluan kepada penumpang-penumpang mengosongkan tangki dan juga meluruskan pinggang. Di kala perut berdendang sayu, melagukan irama lapar, aku menelan air liur , bila terpandang juadah enak yang dijual di situ. Sedapnya ikan bakar, buah-buahan yang segar dan pelbagai jenis pencuci mulut... Baunya saja dah membuatkan aku rasa nak menitis air mata.... Huk huk huk...




Tiba di Uitdam Campsite, Volendam jam 7.30 malam. Kami diajar cara-cara mendidikan khemah oleh Tour Manager, Hairul. Oleh kerana semangat nak bercamping begitu membara, En. Mus telah dirikan 2 khemah pada hari pertama... Sementara menunggu krew KC menyediakan makan malam, kami bersiap-siap membersihkan diri dan menunaikan solat Jamak Zuhur dan Asar.






Jamuan makan malam hari ini sungguh istimewa. Nasi Putih dan Sup Ayam. Seharian tak jumpa nasi (si kecik kat dalam ni dah mogok lapar-mana leh tahan makan sandwich je utk lunch?..)... Suasana di Uitdam Campsite ni sungguh tenang aman damai dan tenteram, jauh dari hiruk pikuk...

Oh!ya... trip ke Europe ini boleh memilih untuk berkhemah ataupun tinggal di cabin dengan tambahan GBP 8 sekepala untuk satu malam. Saya mencadangkan kepada sesiapa yang inginkan keselesaan, bolehlah memilih cabin sebagai tempat penginapan.








***** End of Day 1********


p/s kualiti gambar kurang memuaskan. Jangan salahkan D80 yang dikelek, tapi salahkan jari yang memetik.... (nak kene gi klas lagi nie. )



yuhu...weh laily...nko mengingatkan aku kembali kenangan 10 tahun doluuu...
kapal g paris tuh sama yg aku naik dulu ler....tak mabuk laut ker weh??
alangkah bestnyer...kalau dapat pegi lagi.....
g disneyland...mesti anak2 nko gumbira!!!
byeee....

Wed 16-Jul-2008 05:21
Posted by:zatulbaian


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.