 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Laily Mariana's FotoPage lailymus By: Laily Mariana Samsudin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 14:23 |
Email | Share | Bookmark |
|
Day 2 : June 8, 2008 (Sunday)
|
|
Volendam - Amsterdam
Jam 10 pagi kami bertolak ke Cheese n Clog di Volendam. Sebuah factory yang membuat cheese secara traditional. Kami diberi penerangan mengenai cara-cara membuat cheese oleh pekerja di situ. Seterusnya dibawa pula ke ruang ke dua untuk melihat demonstrasi membuat clog (terompah kayu) yang merupakan kasut traditional rakyat Belanda.
Memang kelakar bangang mamat Dutch nie... tak renti renti aku gelak dengan lawak dia. Si kecik kat dalam ni bergerak-gerak macam paham lawak yang mamat ni buat. Antara lawak yg dia buat, Mus tanya kasut ni boleh terapung tak? Dia kata boleh, tapi jangan ler pakai kasut tu untuk menyeberang sungai, nanti tenggelam...hahahaha... Then ada lagi, dia kata kasut kerja dia ni sgt selesa. Dia boleh berlari dengan kasut tu, dan bila ada kecemasan anytime dia boleh baling orang jahat dengan kasut dia tu. Dan kasut dia tu, memang sangat kotor untuk tunjuk kat boss dia yang dia tu sangat rajin bekerja... kui kui kui....
Jam 12 tengahari : kami dibawa ke Windmill (kincir angin) yang menjadi trademark rakyat Belanda.
Jam 12.30 tengahari kami dibawa bersiar-siar di City of Volendam. Destinasi pertama adalah kedai menjual berlian. Di sini kami diberi penerangan bermula dari proses menggali berlian sehinggalah membuat barang-barang perhiasan wanita seperti cincin dan rantai.
Kami kemudiannya masuk ke salah sebuah kedai/studio untuk bergambar dengan memakai custom tradisional Belanda dengan bayaran Euro25.
Sementara menunggu gambar siap kami mengambil peluang untuk menikmati sajian 'seafood' yang memang terkenal di Volendam ini serta menikmati pemandangan di sekitar Volendam. Volendam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kini maju berasaskan sumber pelancongan. Sekiranya berkesempatan, boleh juga menikmati pemandangan di sekitar Volendam dari atas bot yang menyusuri sepanjang terusan yang begitu banyak terdapat di Volendam.
2.30 petang : semua penumpang dikehendaki berkumpul semula di bas. Perjalanan diteruskan menuju ke Amsterdam. Kami kemudiannya dibawa melawat sekitar kawasan Rijsk Meseum untuk menyaksikan keindahan di pinggir bandar Amsterdam.
Jam 5 petang : Kami dibawa ke City of Amsterdam, ibu negara Holland. Najib selaku Asst Tour Manager telah membawa kami makan tengahari di sebuah Restoran Halal di Amsterdam. Apa lagi, kebab ler... Kebab pun kebab ler.. Lapar punya pasal, belasah je apa yg ada.
Keterengan gambar :
1. Restoran Kebab Halal di Amsterdam
2. Di hadapan SexMeseum, Amsterdam
3. Di hadapan Restoran
4. Sedang menunggu order
5. Glory glory Netherland (sakit mata)
6 dan 7. Berhenti rehat
8. Di hadapan kedai menjual chip yang terkenal di Amsterdam. Hanya jual fries, nak beli kena beratur panjang.
9. Ronda-ronda Amsterdam
10. Di hadapan Madame Tussaud, Amsterdam
Selesai menikmati juadah, semua ahli dibawa menaiki cruise untuk menyaksikan keindahan bandar Amsterdam di sepanjang sungai. Kami memilih untuk bersiar-siar di sekitar Amsterdam (gara-gara mabuk naik feri tak hilang lagi)...
Macam nak patah kaki menyusuri bandar Amsterdam. Ahmad relax je sebab kami bawa pushchair. Si kakak pulak, asyik mintak berhenti je sebab dah tak larat nak melangkah lagi dah.. Kami juga dibawa menyusuri Red Light District. Di sudut hati terbetik, di tengah tengah bandar yang maju macam ni pun masih ramai manusia jahil yang lebih mementingkan hawa nafsu dan mengikut hasutan syaitan.
Kalau mengikut sejarahnya, Belanda ni pernah menjajah Indonesia. Ramai jugak warga Belanda yang boleh berbahasa Melayu-Indon. Beberapa kali juga kami disapa oleh warga tempatan di dalam bahasa Indonesia. Banyak juga restoren Indonesia yang kami temui di sini. Tapi, ya ampun!!!! Menu utama yang disediakan, Babi Masak Kicap!!!...
Di celah-celah lorong, terjumpa restoren ini. Tapi mak datuk!!.. mahalnya!!!.... So, amik gambo je la.... hihihii...
Jam 8.30 malam, kami berangkat pulang ke Campsite. Bergegas membersihkan diri dan Solat lantaran waktu sudah hampir ke penghujungnya. Selesai solat jamak Maghrib dan Isyak, juadah makan malam istimewa sedang menanti kami : NASI TOMATO!!!! Berlaukkan kari daging dan juga kari ayam. Marvelous!!!!
End of Day 2
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|