Want your
own Fotopage?

















 
Laily Mariana's FotoPage
lailymus
By: Laily Mariana Samsudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Sep-2008 05:00 Email | Share | Bookmark
Day 13 : Paris Part II

Actually cuaca hari ni tak berapa cantik... Kota Paris dilanda hujan... Walaupun tidak lebat, tapi suhu agak sejuk....



Lebih kurang jam 11.00 pagi, Hairul lepaskan kami di Kota Paris untuk ronda-ronda sendiri... Hairul gi pasar, cari bekalan ayam, Udo gi betulkan side mirror bas (yang patah dilanggar bas lain yg tidak bertanggungjawab), manakala Najib bawak kami ke KFC Halal di Paris... Punya lah jauh berjalan... Macam nak patah dah kaki nie... Tetiba sampai je kat KFC tu, tutup la plak.... Perut dah mendidih dah nie... Ternyata seperiuk jemput-jemput pagi tadi tidak mampu mendiamkan 'si kecil' kat dalam nie.... Kehampaan dengan KFC yang ditutup sementara kerana masalah 'dapur', kami berpindah ke McDonald yang bersebelahan dengan KFC...

Selesai menikmati juadah tengahari, Najib membawa sebahagian daripada ahli rombongan melawat kedai LV di Paris... Tapi, kami student-student cokia yg tak ber'uang' ni (family aku, family Ida, Hajar, Tiqah dan Shida), mengambil keputusan untuk ronda-ronda kota Paris... Antara tempat yang kami tuju ialah Notre Dame, Louvre Museum etc.. Berpandukan peta Paris, kami menjelajah dari satu tempat ke satu dengan menaik Metro dan juga berjalan kaki.... Tube di Paris ni sangatlah sibuk... Penumpang sentiasa penuh, tak pernah dapat peluang duduk... Aku macam dah nak pengsan dah kat dalam tube tu dek kerana keletihan, kepanasan dan kepeningan.... Tapi demi nak menjejakkan kaki juga ke tempat-tempat ternama di Paris, kugagahkan jua....







Jam 6.00 petang, kami bergegas ke Eifel Tower kerana Hairul dah book ticket utk naik ke Eifel Tower jam 6.30 petang... Agak panik sekejap sebab tube yg kami naiki berhenti lama, tidak bergerak-gerak akibat masalah apa ntah.... Tak faham, sebab announcement dalam bahasa France... terkebil-kebil la sekejap.... Kami tiba di Eifel Tower tepat tepat jam 6.30 petang.. Masa tu Najib dah sampai dah... Yang lain-lain pun (termasuk student2 Chinese) pun dah sampai... Alhamdulillah, seb baik kami tidak ditinggalkan...




Dengan group ticket yg diuruskan oleh Hani secara online, kami tidak perlu beratur panjang seperti orang lain... Terus dapat naik ke Eifel Tower melalui lorong khas... Kami sefamily hanya naik hingga ke 2nd Level jerk... Tak mampu rasanya nak naik sampai ke puncak tu... Dok kat 2nd level pun,dah rasa macam nak putus urat perut ni.... Rasa baby kat dalam tu turun sangat sangat dah.... hiiiiiiiiiiiiiiii tak berani la den!!!...





Dah puas pusing-pusing kat atas tu, kami turun ke bawah.... Sebahagian dari kami, memilih untuk menaiki cruise menyusuri sepanjang sungai untuk menyaksikan keindahan kota Paris, tapi aku se'family' memilih untuk menyaksikan keindahan Eifel Tower di samping meronda-ronda mencari surveniour yang masih belum sempat dibeli...


Jam 9.30 malam kami diminta berkumpul di kawasan parking pas... Udo sampai tepat pada masanya.... Kami beredar meninggalkan Kota Paris sebelum malam merangkak tiba... So, tak dapat la nak snap Eifel Tower yang bermandikan cahaya....


10.30 malam : Menu istimewa dari Hairul, Nasi Ayam Hainan telah tersedia.... Syok nyer makan setelah seharian tidak bertemu nasi... Thanks Chef!!!... .


Esok!!!! : destinasi terakhir!!! DISNEYLAND.....

COOPPSS...COOPS.....

SELAMAT HARI RAYA DARI ZAI DAN HUBBY MR'T'

SILA AMBIL KAD RAYA ZAI JUGAK...THANKS...
Fri 26-Sep-2008 08:01
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
liyana dan amat pun sentiasa menceriakan auntie2 dan uncle2 di notts. Mon 6-Oct-2008 14:07
Posted by:mrshenri  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.