View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 14-Oct-2008 20:42 |
Email | Share | Bookmark |
|
Puteri MUSLAILY
|
|
Syukur Alhamdulillah, setelah bertarung dengan kesakitan selama 2 hari, akhirnya pada hari ini (14 Oktober 2008), penantian selama 39 minggu kini berakhir... Teratak kami kini diserikan dengan tangisan seorang puteri yg sungguh comel....
Ya Allah Ya Tuhanku... Aku bersyukur dengan rezeki yang Kau kurniakan kepadaku... Lindungilah kami sekeluarga, berkati rezeki yang Kau limpahkan... Jadikanlah putera-puteriku di kalangan golonganMu yang beriman...
Sebenarnya dari hari Ahad lagi dah mula rasa sakit-sakit, tapi kugagahkan jua untuk memenuhi undangan majlis rumah terbuka di sekitar Nottingham... Bermula rumah kakcahaya, rumah Ana Aziz, then balik ke rumah sendiri semula untuk solat dan berehat seketika.... Dan menyambung kembali undangan di rumah Hana/Izzi selepas Asar, then ke rumah Midon, rumah Cikinur (utk solat Maghrib) dan last sekali rumah kak CT Ujang... Kiranya hari Ahad tu pulun makan la, sebab dah tau mesti dah tak lama dah...
Malam tu sekembali dari rumah kak CT/Ujang dah rasa lain macam dah... Mengemas apa-apa yang patut, dan check semula beg persiapan ke hospital, ada apa2 barang lagi tak yang tertinggal... Lebih kurang jam 11 malam, rasa sakit pun dah lain macam jer... Lepas call hospital, kami meninggalkan rumah... Anak2 ku tinggalkan di rumah kak cahaya....
Sampai di hospital, selepas beberapa pemeriksaan dibuat, kami diminta untuk pulang dulu sebab masa tu baru bukak 1.5cm, midwife kata lama lagi nie... so, terpaksalah kami pulang... Malam tu, aku dan Mus tak berapa boleh nak tido sebab contraction dah semakin kerap, kadang2 every 15min, kdg2 10min, kadang2 20minutes... Aku dan Mus plan nak pegi lagi hospital pagi tu. Tapi, alih2 contraction tu dh mkin berkurangan... Takder apa yg boleh dibuat, aku dan mus dok lepak2 jela kt umah... Mus x brani nk g skul, nak tggalkan aku yg tak stabil kt rumah sengsorang..... tgahari tu, siap lunch lg tu kt umah kakcahaya... tq kakcahaya....
mlm tu lps maghrib, sakit2 mula dtg smula.. mkin lama mkin kerap... in 10minutes, kdg2 2-3 kali contraction.... Lps solat Isyak, kitorang terus gi umah kak ct ujang... Smpt juga la mkn telur separuh masak ngan air milo dulu... utk tenaga kata kak ct.. byk jugak la tips yg k ct bg.... tq kak ct.....
Dalam kul 9 lebih tu, kami ke hospital. Bila midwife check, baru bukak 3cm.. Dalam hati, silap2 kena balik lagi kitorang malam nie... Tapi, kesakitan tu semakin lama semakin kerap... Setelah bertarung dengan kesakitan yang teramat sangat sejak jam 12 malam akhirnya jam 3.18pagi, seorang puteri comel seberat 2.99 kg telah selamat dilahirkan...
Aku bersyukur, kali ini suami tersayang sentiasa di sisi.... Inilah kali pertama Mus melihat aku bersalin... Aku seakan diberi kekuatan untuk mengharungi kesakitan melahirkan anak ketiga ku ini.... Alhamdulillah, berkat doa suami, mak di Malaysia dan juga dari rakan-rakan yang tidak putus2, di hujung2 kelahiran puteri ini Allah permudahkan, wlupun di peringkat contraction, tersangat la sakitnyer.. Melihat kecomelan puteri ini di depan mata, seakan hilang rasa kesakitan sbentar td....
Selesai mengiqamahkan puteri comel ini, mus bersujud syukur menyembah Allah, melafazkan kesyukuran aas rezeki yg dilimpahkan dan bersyukur kerana kedua-dua ibu dan anak berada di dlm keaadan selamat.... ALHAMDULILLAH......
Jam 5 pg, aku dibawa masuk ke wad, mus pulang ke rumah untuk mengecas semula tenaga sebelum bermulanya sebuah lg perjalanan yg pnjg esok hari... Alhmdulillah, jam 2ptg aku dibenarkan pulang ke rumah.....
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan tahniah dan doa yang diiringkan bertali arus oleh semua pihak kepada kami sekeluarga... Terima kasih juga kepada rakan-rakan helwa yang sudi mengaturkan jadual memasak.. Kami sungguh terharu dengan sambutan yang sungguh menggalakkan... Semoga Allah sahaja yang akan membalas budi baik kalian... Insya Allah...
Ikhlas dari kami sekeluarga
Mustafa Kamal Shamshuddin
Laily Mariana Samsudin
Liyana Amnani
Ahmad Qamarul
dan baby baru yang belum diberi nama.....
Nottingham
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|